Kalo lah kite ade rase kite nie beso....  

Posted by Ezmil Sahrani in




Insaf2 la...

Amacam?  

Posted by Ezmil Sahrani in

Kwang..kwang..kwang....  

Posted by Ezmil Sahrani in




Pergh......  

Posted by Ezmil Sahrani in




Baik Punyer....  

Posted by Ezmil Sahrani in


Antara yang ter'best'..  

Posted by Ezmil Sahrani in

Iklan Raya & Depavali Petronas

Nasib baik polis mesia xde natang nie...  

Posted by Ezmil Sahrani in




BUSINESS LOGICS  

Posted by Ezmil Sahrani in

Father: I want you to marry a girl of my choice

Son: "I will choose my own bride!"

Father: "But the girl is Bill Gates's daughter."

Son: "Well, in that case...ok"


Next Father approaches Bill Gates.


Father: "I have a husband for your daughter."

Bill Gates: "But my daughter is too young to marry!"

Father: "But this young man is a vice-president of the World Bank."

Bill Gates: "Ah, in that case...ok"


Finally Father goes to see the president of the World Bank.


Father: "I have a young man to be recommended as a vice-president."

President: "But I already have more vice- presidents than I need!"

Father: "But this young man is Bill Gates's son-in-law."

President: "Ah, in that case...ok"


This is how business is done!!

Moral: Even If you have nothing, You can get Anything. But your attitude should be positive

Cool...  

Posted by Ezmil Sahrani in



















World tallest  

Posted by Ezmil Sahrani in

Kerana kulit semua tertipu..........  

Posted by Ezmil Sahrani in

Semoga Dijadikan Pengajaran....

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya
menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang
ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...

wassalam......

JIHAD EKONOMI  

Posted by Ezmil Sahrani in

Wow..kalu x bace artikel ni, x penah tau pon bagus nye semangat juang
rakyat Islam Turki..Plg bez bace pasal dorang support kete proton sbb
dikuarkan oleh Negara Islam!So, kite sendiri cmane?Tepuk dada tny diri
sendiri..


PERSEDIAAN SIKAP DALAM JIHAD EKONOMI


SEJENAK MENGIMBAU SEJARAH PROTON DI TURKI

saya sekeluarga bersama Fatih di kedai tudung miliknya di Istanbul

"Assalamualaikum Hasrizal. How are you? Congratulations for your IIUM admission. Me, Ferda and kids are fine. We open hijab shop with Fatih.

Ferda cannot practise law because she wears hijab. Pray for us"

Itulah bunyi sms yang saya terima dari Ahmed semalam. Beliau gembira
sebab akhirnya saya berjaya menempatkan diri di Jabatan Sejarah dan Tamadun
selepas sekian lama saya cuba menyambung pelajaran di bidang yang
paling saya minati, SEJARAH.

Minggu ini saya kembali ke universiti bernama Garden of Knowledge and
Virtue.

Saya tersenyum sendirian di dalam LRT selepas meninggalkan Terminal
Putra. Mesej Ahmed benar-benar menceriakan saya petang itu.

"Great, Ahmed. The more they ban the hijab, the more we will bring the hijab.The most amazing hijab is the Hijab from the Probihited Land!", saya membalas sms Ahmed.

Saya gembira dan sering teruja dengan beberapa sikap proaktif rakan-rakan
di Turki. Pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka yang cuba hidup
sebagai
Muslim, tetapi mereka tidak mengalah. Antaranya adalah Ferda, isteri
Ahmed.
Beliau berkelulusan undang-undang daripada Universiti Afyon Kocatepe.
Ferda
tidak mungkin dapat mempraktikkan ilmunya kerana tiada sebarang
institusi
di Turki yang boleh menerima seorang peguam Muslimah yang bertudung.

Tetapi apa yang menarik ialah, walau pun Turki menjadi negara yang amat
keras di dalam isu pemakaian tudung, khususnya di premis kerajaan
seperti pejabat, hospital dan universiti, namun Turki menjadi negara
pengeksport tudung yang paling utama di dunia.

Mungkin bagi wanita Malaysia, jika mereka memakai tudung buatan Turki
seperti jenama Ipek dan lain-lain, ia hanya pilihan atas minat kepada
kualiti sutera atau coraknya. Namun bagi saya, dan juga isteri yang
sudah
pernah berada di Turki, tudung buatan Turki sungguh bermakna bagi kami.

Sebab itulah saya suka menggelar tudung buatan Turki sebagai "The Hijab
from the Probihited Land".

Akan tetapi, perkara yang lebih saya hargai, adalah soal sikap proaktif
rakan-rakan saya di Turki. Majoriti yang berkelulusan Ilahiyat (Syariah
atau Pengajian Islam) tidak dapat bekerja disebabkan oleh ijazah yang
dipandang sinis oleh pihak pemerintah.

Pelbagai sekatan juga dikenakan kepada graduan Ilahiyat. Namun mereka
tidak meratap nasib, sebaliknya bangkit dan mengusahakan sesuatu untuk
menyelamatkan kehidupan di celah pelbagai sekatan itu. Dan berita
terkini yang saya terima, Ahmed dan isterinya Ferda berkongsi perniagaan
bersama Fatih, adik angkat saya, membuka kedai menjual tudung. Ya, saya gembira
dengan perkembangan ini. Fatih memang sudah lama berniaga tudung dan
menjadi pembekal dan pengedar tudung, walaupun ijazahnya sama seperti
saya, di bidang Syariah.

Kaum Muslimin yang komited di Turki suka membina kekuatan melalui jalan
ekonomi. Mereka memilih perniagaan sebagai wasilah menampung keperluan
hidup. Fatih sendiri pun berniaga tudung. Bermula daripada 1000 helai
tudung yang Reºit Amca (Pakcik Rasyid) bekalkan kepada Fatih sebagai
modal perniagaan, kini pasaran Fatih sudah mencecah hingga ke Itali. Saya
sudah berkali-kali diajak oleh Fatih supaya berniaga bersamanya tetapi saya
bimbang tudung yang diberikan kepada saya, akan berakhir sebagai hadiah
dan cenderamata, dan bukannya dijual.

Saya tahu perniagaan adalah salah satu kelemahan utama saya. Akan
tetapi, bukan sahaja rakan-rakan di Turki suka berniaga, malah masyarakat juga
memberikan sokongan yang padu kepada perniagaan muslimin. Ini
membolehkan
umat Islam di Turki membentuk kekuatan mereka sendiri ketika berdepan
dengan tekanan penguasa sekular yang amat memusuhi Islam.

Pelbagai syarikat bertaraf nasional dan internasional di Turki,
dimiliki oleh golongan Muslim yang komited. Pihak tentera Turki sering
memberikan tekanan kepada kerajaan agar menyekat, membendung, malah menutup sahaja
syarikat yang dikenal pasti oleh golongan Islam. Kemuncaknya, pada
akhir 90'an, tentera telah menyenaraikan 100 buah syarikat Turki yang dikenal
pasti milik Muslim pelampau, dan disyaki membiayai aktiviti keganasan.

Mereka mengisytiharkannya di televisyen dan akhbar.

Antara syarikat yang terbabit ialah syarikat Kompasan, Yimpaº, Ülker
dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Syarikat-syarikat tersebut telah secara tidak langsung dibuktikan oleh
pihak tentera bahawa ia milik golongan Muslim yang multazim (komited).
Ia disambut baik oleh umat Islam di Turki kerana pengisytiharan ini
bertepatan dengan suatu tradisi yang ada di kalangan mereka. Umat Islam yang
komited di Turki, sangat menjaga perbelajaan mereka agar tidak jatuh ke tangan
musuh Islam, walaupun musuh Islam itu adalah dari kalangan orang Turki
sendiri.

Orang Turki yang sekular.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat Turki tidak
seperti kita di Malaysia. Di negara kita, adalah menjadi suatu
kebiasaan di dalam satu keluarga, ada ayah yang sekular, ibu yang kebingungan, anak
sulung yang Islamik, anak kedua yang macam ayah dan sebagainya.
Bercampur aduk. Hal ini tidak begitu kelihatan di Turki.

Oleh kerana perlaksaan penguatkuasaan sekularisma berlaku secara keras
dan ekstrim di Turki, rakyatnya terbelah dua.

Sama ada seorang itu, keluarga dan saudara maranya Islamik, atau
sekular. Yang Islamik semuanya Islamik, yang sekular, kelihatan langsung tiada
kena mengena dengan Islam.

Oleh yang demikian, golongan yang Islamik tidak membeli di kedai yang
pemiliknya dikenalpasti tidak mengamalkan Islam. Mereka sanggup
menambah
100 langkah ke kedai yang jauh sedikit dan membayar harga lebih
sedikit, asalkan duit hasil titik peluh mereka, tidak jatuh ke tangan manusia
yang tidak memberi manfaat kepada Islam.

Ia melibatkan roti, gula dan garam, ayam dan daging, malah televisyen
dan kereta.

"Hasrizal, bagus tak kereta Proton ini?", Abdul Mutalib bertanya kepada
saya. "Kenapa? Bagus tak bagus, ia kereta nasional kami dan ia kereta
paling popular di Malaysia.", saya menjawab.

"Bukan apa. Cuba kamu lihat ini.", Abdul Mutalib menunjukkan kepada
saya iklan kereta Proton di dalam sebuah majalah yang diterbitkan di Kuwait.

Kereta Pertama Buatan Negara Islam!!!

Wah, bukan main lagi hebatnya iklan tersebut. Saya memang agak terkejut
dengan promosi besar-besaran kemasukan kereta Proton ke Turki. Projek
membina kilang memasang kereta Proton versi pemanduan kiri di
Diyarbakir sudah pun diluluskan dan CEOnya sendiri menjadi pelakon iklan di
televisyen Turki.

"Pensyarah-pensyarah kami suruh saya tanyakan kepada awak, adakah
kereta Proton ni bagus dan benarkah ia kereta negara Islam?", Abdul Mutalib
bertanya dengan begitu ghairah.

"Saya rasa jika dibandingkan dengan kereta ªahin di Turki, kereta
Proton setanding malah mungkin lebih baik. Tetapi kalau soalan tentang
benarkah ini kereta buatan Negara Islam, jawapannya saya kena rujuk ke Jabatan
Siasah Syariyyah, benarkah Malaysia Negara Islam. Hehe..!!", saya
ketawa bersama Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib amat kenal dengan Malaysia. Semasa beliau belajar di
Jordan, beliau pernah tinggal lebih dua tahun bersama pelajar Malaysia. Bermula
dari belacan dan budu, sampailah kepada isu-isu nasional di Malaysia,
beliau mendapat pendedahan yang baik dari rakan-rakannya.

"Tetapi Proton ni adalah projek kerajaan Malaysia. Pekerjanya majoriti
Muslim. Jadi kereta Proton ini dibina oleh tangan-tangan orang yang
bersembahyanglah agaknya.", saya cuba mencerahkan perbincangan asal
kami.

Semenjak Proton memasuki pasaran Turki pada pertengahan tahun 90'an, ia
mendapat sambutan yang hangat, terutamanya di era kepimpinan Necmettin
Erbakan sebagai Perdana Menteri. Liputan yang meluas membolehkan
masyarakat di Turki mengenal Malaysia dan Proton secara yang lebih dekat. Akan
tetapi, apa yang mengagumkan saya adalah ramai penduduk Turki mengambil
keputusan untuk menukar kereta mereka kepada Proton hanya semata-mata didorong
oleh rasa mahu menyokong kereta Negara Islam pertama di dunia!

Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini, maka
strategi memboikot barangan Yahudi boleh berjaya.

Pembentukan sikap yang seperti ini, menjadi cabaran kepada pendakwah
dan pendidik masyarakat kerana musuh utama kepada perilaku yang mulia ini
adalah sikap negatif mementingkan diri sendiri, atau yang tidak kurang
bahayanya, tidak peduli!

Membeli sekilo ikan dengan harga RM4:50 dari seorang peniaga bukan
Muslim, adalah sah dari segi syarak. Maka mengapa mesti seseorang itu pergi ke
meja peniaga Muslim yang menjual ikan yang sama dengan harga RM4:70? Sifir
ini tidak logik bagi pembeli yang mementingkan dirinya sendiri, atau yang
hanya memikirkan hukum fiqah cara selapis. Peniaga bukan Muslim itu menjual,
saya bersetuju dengan harganya, berlaku pertukaran wang dan ikan, dan sahlah
jual beli itu.

Namun, perbezaan 20 sen itu mempunyai erti yang tinggi jika pembeli ada
kesedaran untuk berjuang. Anggaplah 20 sen itu sebagai pelaburan kita
berupa perjuangan membangunkan ekonomi umat Islam. Apatah lagi, jika
peniaga ikan di pasar, ada yang mampu menjual murah 20 sen kerana ada
sebahagiannya yang sudah pun membuat pengubahsuaian kepada mesin
timbangnya.

Pembeli Malaysia selalu tidak cermat semasa membeli. Termasuklah diri
saya. Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik
forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada
anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya,
kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.

"Pertama...", doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat
tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya
melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada
yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana
menahan loya.

Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan
perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.
"Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat
semangat", kata doktor berkenaan.

"Kedua...", doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari
manisnya yang bersarung cincin. "Saya menjilat jari manis saya, tetapi
saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria
kedua, iaitu cermat meneliti perincian!", kata doktor tersebut sambil
tersenyum melihat telatah anak muridnya.

KISAH di atas bukanlah kisah benar. Ia merupakan sebuah kisah yang saya
baca dari buletin pelajar yang saya temui di surau Hospital UKM.

Berbalik kepada isu jihad ekonomi itu tadi, kita semua sedia maklum
bahawa kita sudah boleh membeli kereta, malah rumah dari mana-mana bank tanpa
dikenakan faedah atau riba. Biasanya bayaran balik di bank-bank yang
Islamik jauh lebih tinggi berbanding bank biasa. Seandainya kita
berfikir secara self-centered, pastinya orang yang tidak siuman sahaja yang akan
pergi ke bank Islam sedangkan dia boleh membuat jual beli yang sah di
bank-bank konvensional.

Namun, jika perbezaan harga itu masih berada di dalam keupayaan kita,
maka anggaplah perbezaan harga itu sebagai sumbangan kita kepada kejayaan
pembangunan sistem ekonomi Islam. Kesediaan ini hanya ada jika kita
berjiwa Ummah, ada kemahuan yang tinggi untuk menjadikan sikap MEMBERI sebagai
prinsip hidup, dan seterusnya prihatin kepada ukhuwwah dan
persaudaraan.

Coca Cola jatuh merudum pada tahun 2003 di Turki selepas Mecca Cola
masuk ke pasaran Turki. Dan hari ini saya membasahkan tekak dengan Mecca Cola
di kantin Human Science IIUM dengan penuh rasa bangga dan puas.

Jika tidak Muslim membantu Muslim, siapa lagi?

Jenjalan pusing satu Mesia...continued  

Posted by Ezmil Sahrani in

Sesampai kat Kuantan, dah kul 8pm. Fuh..abis pusing satu bandar, satu hotel pun xde yang kosong...(kecuali Hyatt & Executive Room ler...~450 semalam). So, kite orang pun, pi la gamble ke Beserah..sbb base on map GPS aku, yang paling dekat 13.9km dr bandar. Oklah..

Last2 kiteorang duk kat chalet, ok gak la...tak ingat name chalet tu..nnt ingat aku update balik. Ok gak la..betui2 tepi pantai. Kete siap park tepi chalet jer..murah pun murah...rm 118 kot..

Keesokkan harinye, gerak ke KL, sebab ade presentation ke wakil diplomat US (sebenarnye CIA..cover ler tu..) kat Port Klang. Terkezut diorang ngan teknologi AIS yg kite pakai kat Mesia...depa pun x terpikir ape yg kite leh leverage dr AIS tu...

Lepas presentation, gerak ke Johor Bahru. Sampai dlm kul 9pm. Duk kat Grand Bluewave...

Keesokaan harinye...keje...terperasan la pulak kapal yg kuar berita hari tu...Kapal Sri Endon...Ade problem generator..tu yang seminggu tersadai kat jeti tu...

Jenjalan pusing satu Mesia...  

Posted by Ezmil Sahrani in


Wah...dalam seminggu aku dapek round hampir kesemua negeri kat Semenanjung...total perjalanan...2512km sahaja. Bermula dari KL (isnin)...bersarapan di dunkin donut (x ingat R&R mane). Sampai Penang, makan tengahari dulu. Pehtu, baru sambung keje. Nie gambo aku tgh posing kat Jeti Jbt Laut Wilayah Utara...belakang tu, bangunan baru Polis Marine.

Abis keje, push of ke Ipoh. Duk kat Cashurina. <--entah betui ke aku eja nie... Malam tu, pi melawat Cikgu Isa kat umahnye...best, makan mee kari.best tui...

Beborak ngan cikgu..kami bertiga. Shahrir, aku & jakpo. Abis borak kat umah, smbg minum kat kedai mamak kat luar...fuh, 1 pagi baru balik weeiii...


Keesokan harinye (Selase), pi sekolah, tunjukkan Cikgu Isa camne nak upload nota ke Web sekolah..www.smtpbi.org. Wah, canggih tui sekolah aku la nie..

Sempat jumpe Ustaz Talha, Cikgu Rahim, & Cikgu Kunji kat parking lot mase nak balik...Terpandang wajah kegembiraan mereka ini terhadap kami. Jadik manusia jugak yee..

Kul 10, baru bergerak ke Kuala Terengganu via Cameron (jalan baru). Makan tengah hari kat Gua Musang. Sambung perjalanan ke K.Tganu...sampai dlm 6 petang. Bermalam di Primula Beach Resort. Makan malam kat area air port..Gong Badak kot... Rabu: Sarapan kat hotel..pastu makan lagi sekali ngan client kat kedai pakcik ape ntah...best nasik minyak dia... Tengah ari, mkn best gak..jenis hidang...unik... Pastu..gerak lik ke Kuantan. Singgah Paka. Jumpe bro Midon (ex-teknik batch 79/80). Respek gilak dia punye kete..ade CallSign gitu...Minum petang kat tepi pantai kat Paka tu.

Seterusnye, pi Kerteh, singgah jumpe ex-teknik gak (Shuhaida & husban). Depa keje kat Carigali. Depa belanje makan sotong goreng & kopok lekor...nyum..nyum..














Pastu, trus ke Kuantan....fuh..fuh..penat nak citer wei.....

....to be continued...

Majlis Berbuka Puasa Ex-Teknik SMTI batch 96/97  

Posted by Ezmil Sahrani in

Wat kat Restoron Kunang2 kat Gombak....Best wooo...

Continental shelf  

Posted by Ezmil Sahrani in

La nie, tengah wat pojek nie...detail x leh tulis dlm nie sebab melibatkan keselamatan negara. Kat bawah nie ade sedikit sebanyak keterangan pasai concept continental shelf nie...

Maklumat lanjut, refer artikel 76, Law of the Sea....

The continental shelf is the extended perimeter of each continent, which is covered during interglacial periods such as the current epoch by relatively shallow seas (known as shelf seas) and gulfs. The shelf usually ends at a point of increasing slope (called the shelf break). The sea floor below the break is the continental slope. Below the slope is the continental rise, which finally merges into the deep ocean floor, the abyssal plain.

www.smtpbi.org  

Posted by Ezmil Sahrani in


Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi, kerna memberi aku ilmu, pertolongan & idea dlm menjayakan projek laman web sekolah menengah teknik ipoh. <---sekolah aku dulu...

Berkat kesungguhan & bantuan kengkawan..maka terhasil lah site yang telah lama ditunggu2 oleh beribu2 bekas pelajarnye. Al maklumlah, sekolah nie since 1973....

So far, dah 3 10 member dh register. x pelah, pelan2 kayuh..

Monthly bandwidth, ~ 4GB. ari tu burst...so, baru lepas upgrade ke 10GB. thanks to bro Hamidon (batch 79/80) sbb tulun sponsor.

Ok, ciri2 portal nie:

1. Gune Joomla..cam biase..aku dhx pakai Mambo dah..
2. Aku integrade ngan byk mende, forum, gallery foto, detail profile, e-learning..etc.
3. Forum aku pakai component Simpleboard.
4. E-Learning aku pakai DocMan.
5. Foto Galerry aku pakai Zoom
6. Profile, aku pakai Community Builder.
7. Koordinat Kami - Google Map.

Itu jer kot... :D

Eh, ade lagi...thanks to jakpo sbb tolong wat keje2 aku kat opis, sbb aku sibuk pulun wat web nie..thanks to shahrir yang rajin tangkap gambo kawasan sekola utk aku..thanks to amiruding yg rajin anto post dlm forum...and sesiapa saje yg terlibat dlm menjayakan web nie..