Wow..kalu x bace artikel ni, x penah tau pon bagus nye semangat juang
rakyat Islam Turki..Plg bez bace pasal dorang support kete proton sbb
dikuarkan oleh Negara Islam!So, kite sendiri cmane?Tepuk dada tny diri
sendiri..
PERSEDIAAN SIKAP DALAM JIHAD EKONOMI
SEJENAK MENGIMBAU SEJARAH PROTON DI TURKI
saya sekeluarga bersama Fatih di kedai tudung miliknya di Istanbul
"Assalamualaikum Hasrizal. How are you? Congratulations for your IIUM admission. Me, Ferda and kids are fine. We open hijab shop with Fatih.
Ferda cannot practise law because she wears hijab. Pray for us"
Itulah bunyi sms yang saya terima dari Ahmed semalam. Beliau gembira
sebab akhirnya saya berjaya menempatkan diri di Jabatan Sejarah dan Tamadun
selepas sekian lama saya cuba menyambung pelajaran di bidang yang
paling saya minati, SEJARAH.
Minggu ini saya kembali ke universiti bernama Garden of Knowledge and
Virtue.
Saya tersenyum sendirian di dalam LRT selepas meninggalkan Terminal
Putra. Mesej Ahmed benar-benar menceriakan saya petang itu.
"Great, Ahmed. The more they ban the hijab, the more we will bring the hijab.The most amazing hijab is the Hijab from the Probihited Land!", saya membalas sms Ahmed.
Saya gembira dan sering teruja dengan beberapa sikap proaktif rakan-rakan
di Turki. Pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka yang cuba hidup
sebagai
Muslim, tetapi mereka tidak mengalah. Antaranya adalah Ferda, isteri
Ahmed.
Beliau berkelulusan undang-undang daripada Universiti Afyon Kocatepe.
Ferda
tidak mungkin dapat mempraktikkan ilmunya kerana tiada sebarang
institusi
di Turki yang boleh menerima seorang peguam Muslimah yang bertudung.
Tetapi apa yang menarik ialah, walau pun Turki menjadi negara yang amat
keras di dalam isu pemakaian tudung, khususnya di premis kerajaan
seperti pejabat, hospital dan universiti, namun Turki menjadi negara
pengeksport tudung yang paling utama di dunia.
Mungkin bagi wanita Malaysia, jika mereka memakai tudung buatan Turki
seperti jenama Ipek dan lain-lain, ia hanya pilihan atas minat kepada
kualiti sutera atau coraknya. Namun bagi saya, dan juga isteri yang
sudah
pernah berada di Turki, tudung buatan Turki sungguh bermakna bagi kami.
Sebab itulah saya suka menggelar tudung buatan Turki sebagai "The Hijab
from the Probihited Land".
Akan tetapi, perkara yang lebih saya hargai, adalah soal sikap proaktif
rakan-rakan saya di Turki. Majoriti yang berkelulusan Ilahiyat (Syariah
atau Pengajian Islam) tidak dapat bekerja disebabkan oleh ijazah yang
dipandang sinis oleh pihak pemerintah.
Pelbagai sekatan juga dikenakan kepada graduan Ilahiyat. Namun mereka
tidak meratap nasib, sebaliknya bangkit dan mengusahakan sesuatu untuk
menyelamatkan kehidupan di celah pelbagai sekatan itu. Dan berita
terkini yang saya terima, Ahmed dan isterinya Ferda berkongsi perniagaan
bersama Fatih, adik angkat saya, membuka kedai menjual tudung. Ya, saya gembira
dengan perkembangan ini. Fatih memang sudah lama berniaga tudung dan
menjadi pembekal dan pengedar tudung, walaupun ijazahnya sama seperti
saya, di bidang Syariah.
Kaum Muslimin yang komited di Turki suka membina kekuatan melalui jalan
ekonomi. Mereka memilih perniagaan sebagai wasilah menampung keperluan
hidup. Fatih sendiri pun berniaga tudung. Bermula daripada 1000 helai
tudung yang Reºit Amca (Pakcik Rasyid) bekalkan kepada Fatih sebagai
modal perniagaan, kini pasaran Fatih sudah mencecah hingga ke Itali. Saya
sudah berkali-kali diajak oleh Fatih supaya berniaga bersamanya tetapi saya
bimbang tudung yang diberikan kepada saya, akan berakhir sebagai hadiah
dan cenderamata, dan bukannya dijual.
Saya tahu perniagaan adalah salah satu kelemahan utama saya. Akan
tetapi, bukan sahaja rakan-rakan di Turki suka berniaga, malah masyarakat juga
memberikan sokongan yang padu kepada perniagaan muslimin. Ini
membolehkan
umat Islam di Turki membentuk kekuatan mereka sendiri ketika berdepan
dengan tekanan penguasa sekular yang amat memusuhi Islam.
Pelbagai syarikat bertaraf nasional dan internasional di Turki,
dimiliki oleh golongan Muslim yang komited. Pihak tentera Turki sering
memberikan tekanan kepada kerajaan agar menyekat, membendung, malah menutup sahaja
syarikat yang dikenal pasti oleh golongan Islam. Kemuncaknya, pada
akhir 90'an, tentera telah menyenaraikan 100 buah syarikat Turki yang dikenal
pasti milik Muslim pelampau, dan disyaki membiayai aktiviti keganasan.
Mereka mengisytiharkannya di televisyen dan akhbar.
Antara syarikat yang terbabit ialah syarikat Kompasan, Yimpaº, Ülker
dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Syarikat-syarikat tersebut telah secara tidak langsung dibuktikan oleh
pihak tentera bahawa ia milik golongan Muslim yang multazim (komited).
Ia disambut baik oleh umat Islam di Turki kerana pengisytiharan ini
bertepatan dengan suatu tradisi yang ada di kalangan mereka. Umat Islam yang
komited di Turki, sangat menjaga perbelajaan mereka agar tidak jatuh ke tangan
musuh Islam, walaupun musuh Islam itu adalah dari kalangan orang Turki
sendiri.
Orang Turki yang sekular.
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat Turki tidak
seperti kita di Malaysia. Di negara kita, adalah menjadi suatu
kebiasaan di dalam satu keluarga, ada ayah yang sekular, ibu yang kebingungan, anak
sulung yang Islamik, anak kedua yang macam ayah dan sebagainya.
Bercampur aduk. Hal ini tidak begitu kelihatan di Turki.
Oleh kerana perlaksaan penguatkuasaan sekularisma berlaku secara keras
dan ekstrim di Turki, rakyatnya terbelah dua.
Sama ada seorang itu, keluarga dan saudara maranya Islamik, atau
sekular. Yang Islamik semuanya Islamik, yang sekular, kelihatan langsung tiada
kena mengena dengan Islam.
Oleh yang demikian, golongan yang Islamik tidak membeli di kedai yang
pemiliknya dikenalpasti tidak mengamalkan Islam. Mereka sanggup
menambah
100 langkah ke kedai yang jauh sedikit dan membayar harga lebih
sedikit, asalkan duit hasil titik peluh mereka, tidak jatuh ke tangan manusia
yang tidak memberi manfaat kepada Islam.
Ia melibatkan roti, gula dan garam, ayam dan daging, malah televisyen
dan kereta.
"Hasrizal, bagus tak kereta Proton ini?", Abdul Mutalib bertanya kepada
saya. "Kenapa? Bagus tak bagus, ia kereta nasional kami dan ia kereta
paling popular di Malaysia.", saya menjawab.
"Bukan apa. Cuba kamu lihat ini.", Abdul Mutalib menunjukkan kepada
saya iklan kereta Proton di dalam sebuah majalah yang diterbitkan di Kuwait.
Kereta Pertama Buatan Negara Islam!!!
Wah, bukan main lagi hebatnya iklan tersebut. Saya memang agak terkejut
dengan promosi besar-besaran kemasukan kereta Proton ke Turki. Projek
membina kilang memasang kereta Proton versi pemanduan kiri di
Diyarbakir sudah pun diluluskan dan CEOnya sendiri menjadi pelakon iklan di
televisyen Turki.
"Pensyarah-pensyarah kami suruh saya tanyakan kepada awak, adakah
kereta Proton ni bagus dan benarkah ia kereta negara Islam?", Abdul Mutalib
bertanya dengan begitu ghairah.
"Saya rasa jika dibandingkan dengan kereta ªahin di Turki, kereta
Proton setanding malah mungkin lebih baik. Tetapi kalau soalan tentang
benarkah ini kereta buatan Negara Islam, jawapannya saya kena rujuk ke Jabatan
Siasah Syariyyah, benarkah Malaysia Negara Islam. Hehe..!!", saya
ketawa bersama Abdul Mutalib.
Abdul Mutalib amat kenal dengan Malaysia. Semasa beliau belajar di
Jordan, beliau pernah tinggal lebih dua tahun bersama pelajar Malaysia. Bermula
dari belacan dan budu, sampailah kepada isu-isu nasional di Malaysia,
beliau mendapat pendedahan yang baik dari rakan-rakannya.
"Tetapi Proton ni adalah projek kerajaan Malaysia. Pekerjanya majoriti
Muslim. Jadi kereta Proton ini dibina oleh tangan-tangan orang yang
bersembahyanglah agaknya.", saya cuba mencerahkan perbincangan asal
kami.
Semenjak Proton memasuki pasaran Turki pada pertengahan tahun 90'an, ia
mendapat sambutan yang hangat, terutamanya di era kepimpinan Necmettin
Erbakan sebagai Perdana Menteri. Liputan yang meluas membolehkan
masyarakat di Turki mengenal Malaysia dan Proton secara yang lebih dekat. Akan
tetapi, apa yang mengagumkan saya adalah ramai penduduk Turki mengambil
keputusan untuk menukar kereta mereka kepada Proton hanya semata-mata didorong
oleh rasa mahu menyokong kereta Negara Islam pertama di dunia!
Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini, maka
strategi memboikot barangan Yahudi boleh berjaya.
Pembentukan sikap yang seperti ini, menjadi cabaran kepada pendakwah
dan pendidik masyarakat kerana musuh utama kepada perilaku yang mulia ini
adalah sikap negatif mementingkan diri sendiri, atau yang tidak kurang
bahayanya, tidak peduli!
Membeli sekilo ikan dengan harga RM4:50 dari seorang peniaga bukan
Muslim, adalah sah dari segi syarak. Maka mengapa mesti seseorang itu pergi ke
meja peniaga Muslim yang menjual ikan yang sama dengan harga RM4:70? Sifir
ini tidak logik bagi pembeli yang mementingkan dirinya sendiri, atau yang
hanya memikirkan hukum fiqah cara selapis. Peniaga bukan Muslim itu menjual,
saya bersetuju dengan harganya, berlaku pertukaran wang dan ikan, dan sahlah
jual beli itu.
Namun, perbezaan 20 sen itu mempunyai erti yang tinggi jika pembeli ada
kesedaran untuk berjuang. Anggaplah 20 sen itu sebagai pelaburan kita
berupa perjuangan membangunkan ekonomi umat Islam. Apatah lagi, jika
peniaga ikan di pasar, ada yang mampu menjual murah 20 sen kerana ada
sebahagiannya yang sudah pun membuat pengubahsuaian kepada mesin
timbangnya.
Pembeli Malaysia selalu tidak cermat semasa membeli. Termasuklah diri
saya. Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik
forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada
anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya,
kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.
"Pertama...", doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat
tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya
melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada
yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana
menahan loya.
Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan
perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.
"Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat
semangat", kata doktor berkenaan.
"Kedua...", doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari
manisnya yang bersarung cincin. "Saya menjilat jari manis saya, tetapi
saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria
kedua, iaitu cermat meneliti perincian!", kata doktor tersebut sambil
tersenyum melihat telatah anak muridnya.
KISAH di atas bukanlah kisah benar. Ia merupakan sebuah kisah yang saya
baca dari buletin pelajar yang saya temui di surau Hospital UKM.
Berbalik kepada isu jihad ekonomi itu tadi, kita semua sedia maklum
bahawa kita sudah boleh membeli kereta, malah rumah dari mana-mana bank tanpa
dikenakan faedah atau riba. Biasanya bayaran balik di bank-bank yang
Islamik jauh lebih tinggi berbanding bank biasa. Seandainya kita
berfikir secara self-centered, pastinya orang yang tidak siuman sahaja yang akan
pergi ke bank Islam sedangkan dia boleh membuat jual beli yang sah di
bank-bank konvensional.
Namun, jika perbezaan harga itu masih berada di dalam keupayaan kita,
maka anggaplah perbezaan harga itu sebagai sumbangan kita kepada kejayaan
pembangunan sistem ekonomi Islam. Kesediaan ini hanya ada jika kita
berjiwa Ummah, ada kemahuan yang tinggi untuk menjadikan sikap MEMBERI sebagai
prinsip hidup, dan seterusnya prihatin kepada ukhuwwah dan
persaudaraan.
Coca Cola jatuh merudum pada tahun 2003 di Turki selepas Mecca Cola
masuk ke pasaran Turki. Dan hari ini saya membasahkan tekak dengan Mecca Cola
di kantin Human Science IIUM dengan penuh rasa bangga dan puas.
Jika tidak Muslim membantu Muslim, siapa lagi?
About Myself
Assalamualaikum..and welcome to my Blog. This is my personal website, designed, built, copied, modified, and edited entirely by me. This is my way of staying connected both to those whom I know and with those I have not yet met who may share similar interests.
In my professional life, I am the Head of Technology Department which focussed mostly on real-time monitoring system, SCADA system, GIS, Oceanography, software development, and network system.
I offer here on this site my comments and information related to these topic areas. My hope is that my pages will be both useful and serve as the starting point as you begin your search for deeper information on these topics.
Why a personal website?
One of the things I always told people is that they have got to get their own website. I don't care if you have your own consulting business, run a 5-person design shop, or are a 57-year old director in a 22,000 person IT firm, you've got to have a place on the web to let people know who you are.
A personal website is expected. It does not have to be fancy (better if it is not, actually). But it does have to tell your own unique story. Everyone is special. Everyone is different. The key (perhaps the main key) is finding what is different about yourself and letting the world know about your difference and what you can contribute. A website is one way you can communicate your difference, grow your network, and make connections across this planet.
My Profile | Atom Site Feed | RSS Feed
Friends
-
-
Maafkan Aku, Ayah!19 hours ago
-
-
-
-
Cinta & Permata Hati4 weeks ago
-
-
-
-
Tom & the whisky7 months ago
-
-
Blog baru .. wordpress 2.611 months ago
-
-
Categories
- Arithmetics (1)
- astrophysics (10)
- chikas (2)
- free time (26)
- friends (5)
- information (2)
- intresting (47)
- iPhone (1)
- jokes (62)
- lectures (4)
- maritime (2)
- Miracles of the Quran (17)
- muhasabah (12)
- music (2)
- my family (7)
- my son (29)
- my wife (12)
- myself (72)
- Politik (2)
- Relativity (10)
- science (7)
- sightseeing (81)
- tips (4)
- Top 99 Women (18)
- work (171)
Blog Archive
- September 2009 (3)
- August 2009 (5)
- July 2009 (6)
- June 2009 (37)
- May 2009 (5)
- April 2009 (9)
- March 2009 (7)
- February 2009 (8)
- January 2009 (14)
- December 2008 (11)
- November 2008 (12)
- October 2008 (42)
- September 2008 (15)
- August 2008 (48)
- July 2008 (2)
- April 2008 (1)
- February 2008 (1)
- January 2008 (3)
- December 2007 (1)
- November 2007 (5)
- October 2007 (4)
- September 2007 (8)
- August 2007 (7)
- July 2007 (6)
- April 2007 (1)
- March 2007 (2)
- February 2007 (1)
- October 2006 (17)
- September 2006 (6)
- August 2006 (11)
- July 2006 (3)
- May 2006 (12)
- April 2006 (4)
- March 2006 (5)
- February 2006 (5)
- January 2006 (8)
- December 2005 (22)
- November 2005 (48)
- October 2005 (33)
- September 2005 (2)
- July 2005 (21)
- June 2005 (16)
- May 2005 (21)
- April 2005 (6)
- March 2005 (1)
- February 2005 (11)
- January 2005 (6)
- December 2004 (28)
- November 2004 (8)